PT - 91 Malezija
Citat:LATIHAN PEMANDUAN DAN MENEMBAK KERETA KEBAL PENDEKAR DAN KERETA PERISAI GEMPITA
GEMAS, 6 September 2022 - DYTM Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu dan YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua'az Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli hadir melaksanakan aktiviti Latihan Pemanduan dan Menembak Kereta Kebal Pendekar dan Kereta Perisai Gempita di Kem Syed Sirajuddin pada hari ini.
Aktiviti pertama DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu dan YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja dimulakan dengan persembahan Taklimat Pemanduan Kereta Kebal Pendekar di Pos 1 dan diikuti dengan aktiviti latihan pemanduan Kereta Kebal Pendekar dari Pos 1 ke Tapak G20.
Seterusnya, Taklimat Pemanduan Kereta Perisai Gempita dipersembahkan di Pos 1 dan ia disusuli dengan aktiviti pemanduan Kereta Perisai Gempita dari Pos 1 hingga ke Pos Pemerhati 3.
Acara diteruskan lagi dengan sesi Taklimat dan Demontrasi Tembakan di Pos Pemerhati 3 yang merupakan aktiviti kemuncak yang dinanti-nantikan oleh tetamu-tetamu diraja beserta para tetamu yang hadir.
DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu dan YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja turut mengambil bahagian dalam latihan menembak, malah tembakan yang dilakukan oleh baginda berdua telah tepat mengenai sasaran yang ditempatkan di Lapang Sasar Asahan.
Turut sama hadir ke sesi latihan tersebut adalah Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Divisyen Ketiga Infantri, Mejar Jeneral Rashidin Hashimi bin Ab Rashid, Pengerusi Kor Armor Diraja, Mejar Jeneral Dato' Zaidan bin Atan serta para pegawai kanan Tentera Darat.
https://www.facebook.com/photo/?fbid=457057336462739&set=pcb.457058269795979
|